KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SULALATUS US-SALATIN.jpeg

SULALAT US-SALATIN

RM 200.00
Buy Now

KARYA AGUNG

Halaman pembukaan naskhah asal Sulalat u's Salatin salinan 1798 yang kini tersimpan di perpustakaan Institut Manuskrip Oriental di Akademi Sains Rusia di Saint-Petersburg. Naskah yang dikenali dalam kalangan sarjana Rusia yang melibatkan diri dalam pengajian Melayu sebagai naskhah Sejarah Melayu yang dibawa oleh Krusenstern ke Russia dalam abad ke 18, telah dikaji mula-mulanya oleh Prof.Dr.E.V.Revunenkova. Sarjana Rusia itu adalah orang yang pertama yang telah menerbitkannya sebagai buku dalam bahasa Rusia dengan diberi judul "Naskhah Melayu Krusenstern,Nilai Budaya dan Sejarahnya". Buku yang diterbitkan pada tahun 2008 oleh Akademi Sains Rusia, Muzium Peter Yang Agung di Saint-Petersburg itu juga memuatkan faksimili teks Sejarah Melayu tersebut sebagai lampirannya. Kajian pertama dalam bahasa Melayu mengenai naskhah ini telah diusahakan penerbitannya oleh Yayasan Karyawan berasaskan teks Sulalat u's Salatin yang memang asalnya disalin di Melaka pada pertengahan tahun 1798