KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Zaman_Cicak_dan_Mengkarung.jpg

SIRI SAHABAT SITI KECIL: ZAMAN CICAK DAN MENGKARUNG | Siti Zainon Ismail

RM 18.00
Buy Now

Judul : Siri Sahabat Siti Kecil: Zaman Cicak Dan Mengkarung
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Puisi Nurseri & Puisi Kanak-Kanak
Mukasurat : 19 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789674601058

“Kita serupa wajah bermuncung badan panjang tirus ekor panjang cuma aku kecil.” – bisik Cicak.

“Tidak mengapa kaki kita serupa kau melekap di siling.” – kata Mengkarung.

Cicak dan Mengkarung, yang tampak sama tetapi berbeza bersahabat baik. Cicak duduk di rumah, Mengkarung tinggal di atas pokok. Namun, di rumah Cik Jah, tidak suka kepada cicak dan sering menepis dengan rotan bulu ayam. Bagaimana untuk Cicak kekal hidup harmoni bersama Cik Jah dan Mengkarung?

Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakar cerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisan menampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang berseni dalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi.

Judul Dalam Siri Sahabat Siti Kecil:

  • Angsa Istana Si Jambul Desa
  • Anak Kambing Sungai Air Tawar
  • Cik Bunga Rantau Abang
  • Sahabat Si Bulu Cantik
  • Zaman Cicak dan Mengkarung