KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Anak_Kambing_Cover-16112015.jpg

SIRI SAHABAT SITI KECIL: ANAK KAMBING SUNGAI AIR TAWAR | Siti Zainon Ismail

RM 18.00
Buy Now

Judul : Siri Sahabat Siti Kecil: Anak Kambing Sungai Air Tawar
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Puisi Nurseri & Puisi Kanak-Kanak
Mukasurat : 55 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789674601089

Kling-kling, loceng berbunyi. Kling kling. Aqsa datang hendak mandi pagi.

Aqsa, si kambing kecil yang nakal dan lucu. Dia suka mandi air hujan dan gemar mendengar cerita. Dia bukannya kambing yang takutkan air. Dia juga sangat sayang kepada Datuk Sharif dan Mak Dibah. Sesudah dewasa, Aqsa ingin mengembara menuntut ilmu,tetapi ke mana haluannya? Apakah Aqsa akan pulang mengubah Kampung Air Sungai Tawar selepas berjaya kelak?

Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakar cerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisan menampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang berseni dalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi

Judul Dalam Siri Sahabat Siti Kecil:

  • Angsa Istana Si Jambul Desa
  • Anak Kambing Sungai Air Tawar
  • Cik Bunga Rantau Abang
  • Sahabat Si Bulu Cantik
  • Zaman Cicak dan Mengkarung