KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
usman-awang.jpg

SIRI KAJIAN PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA : PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG | Anwar Ridhwan

RM 45.00
Buy Now

Judul : Siri Kajian Pemikiran Sasterawan Negara : Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang
Pengarang : Anwar Ridhwan
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 573 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789834605155

Buku Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang pada tahun 2006. Seminar yang membawa tema "Membina Peradaban Sastera Kebangsaan" ini memberi ruang kepada para sarjana sastera dan intelektual tempatan mengupas serta menganalisis karya-karya Usman Awang dari pelbagai sudut. Antaranya, pembicaraan terhadap karya-karyanya dengan penerapan teori, pembicaraan idealisme Usman Awang dalam penghasilan karyanya, dan pembicaraan Usman Awang dalam peribadinya sebagai pengarang, editor dan sahabat. Sebanyak 27 kupasan dan analisis yang telah dihasilkan dan dimuatkan dalam buku ini. Antara karyanya yang menjadi tumpuan ialah "Jentayu yang Luka", "Tamu di Bukit Kenny", "Muzika Uda dan Dara", "Matinya Seorang Pahlawan", "Dirinya", "Kami yang Terlibat", Degup Jantung, Salam Benua, dan Tulang-tulang Berserakan.

     Buku ini sesungguhnya menampilkan pelbagai dimensi rupa dan jiwa Usman Awang sebagai manusia biasa, sebagai aktivis sastera dan sebagai pengarang pelbagai genre - cerpen, drama, novel dan puisi. Selain itu, buku ini juga akan menambah khazanah persuratan kita yang membicarakan Usman Awang. Semakin banyak penerbitan tentangnya, semakin lengkaplah pemerhatian serta penilaian terhadap diri Usman Awang sebagai seniman, sasterawan dan karya-karyanya.