KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
saudagar-besar-dari-kuala-lumpur.jpg

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR | Keris Mas

RM 13.00
Buy Now

Judul : Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
Pengarang : Keris Mas
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 365 Halaman
Cetakan Pertama : 2018
ISBN : 9789836203663

Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad ialah tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Cerpen, novel, dan esei beliau telah mendapat perhatian yang meluas. Pada tahun 1981, beliau menjadi tokoh pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia.

     Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.

     Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna daripada Sasterawan Negara ini kepada dunia kesusasteraan Melayu.