KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ayn-kl.jpg

SASTERAWAN NEGARA KEMALA KUMPULAN PUISI: 'AYN | Kemala

RM 18.00
Buy Now

Judul : Sasterawan Negara Kemala Kumpulan Puisi: 'Ayn
Pengarang : Kemala
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Puisi
Mukasurat : 106 Halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789834609214

Kumpulan puisi 'AYN merupakan masterpiece Sasterawan Negara Kemala, tokoh penyair tanah air yang terkenal di Nusantara dan antarabangsa. Keindahan gaya bahasa dan nilai kesufian serta mistik dalam 'AYN menyerlahkan visi kepenyairannya.

"Kemala dengan kumpulan puisi 'AYN yang mengandungi 74 sajak ini telah berjaya mengungkapkan bibit-bibit kerinduan, kehausan terutama kepada Allah SWT. Kemala menyalurkan kerinduan dan kehausan ini penuh syahdu melalui detik-detik yang halus lagi kudus, malah banyak yang tersirat dalam babak-babak sejarah yang banyak dinukilnya."

(Sasterawan Negara Shahnon Ahmad)

Kemala menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards) daripada kerajaan Thailand pada tahun 1986. Pada tahun 2011, kerajaan Malaysia mengurniai beliau Anugerah Sastera Negara dan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-11.