KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
patriach.jpg

PATRIARCH | Shahnon Ahmad

RM 25.00
Buy Now

Judul : Patriarch
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 304 Halaman
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789836219893

Shahnon membawa pembaca merentas alam kreatif dan fantasi untuk sama-sama membuat post-mortem ke atas sistem ala "politik belantara". Untuk tujuan itu, beliau menggunakan teknik stream of consciousness, monolog dalaman, imbas muka, imbas kembali, igauan dan mimpi-mimpi ngeri. Segala kepincangan masyarakat dikritik habis-habisan; bermula daripada setitis air, sejalur sungai, serangga, binatang berbisa, semak samun, ladang, hutan belantara, malah manusia.

    Patriarch kaya dengan imej dan simbol, kasih sayang, gambaran kekejaman, bahasa daerah, juga kaya dengan tabii dan mentaliti "manusia politik". Untuk menikmati novel ini, maka gaya bahasa Shahnon perlulah ditafsir dan dinilai pada tahap lapis makna kedua.