KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
perkahwinan-dan-perceraian-di-terengganu-1950-1970.jpg

PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN DI TERENGGANU 1950-1970 | Nordin Hussin & Roslelawati Abdullah

RM 30.00
Buy Now

Judul : Perkahwinan Dan Perceraian Di Terengganu 1950-1970
Pengarang : Nordin Hussin & Roslelawati Abdullah
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 383 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789834615987

Buku ini meneliti isu dan permasalahan yang timbul dalam institusi perkahwinan dan perceraian dalam kalangan masyarakat Melayu Terengganu antara tahun 1950-an hingga 1970-an. Pelbagai isu berkaitan perkahwinan dan perceraian orang Melayu di negeri tersebut yang berpunca daripada pelbagai faktor yang mempengaruhinya didedahkan menerusi perbincangan dalam buku ini. Isu yang dianalisis termasuklah latar belakang sosioekonomi masyarakat Melayu di Terengganu dan juga aspek penting dalam institusi perkahwinan dan perceraian itu sendiri, misalnya kadar perkahwinan dan perceraian, corak perkahwinan serta bentuk dan punca perceraian yang berlaku dalam masyarakat Melayu Terengganu sepanjang tempoh tersebut. Aspek yang turut diberikan perhatian ialah kesan akibat perceraian serta usaha yang telah dijalankan dalam menangani permasalahan ini. Sehubungan dengan hal itu, buku ini membariskan lima objektif, iaitu meneliti latar belakang sosioekonomi masyarakat Melayu di Terengganu, menganalisis isu perkahwinan dalam kalangan masyarakat tersebut, merungkaikan isu dan bentuk perceraian serta puncanya, meneliti kesan yang timbul akibat perceraian, dan menganalisis keberkesanan langkah yang diambil oleh pelbagai pihak, khususnya Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu dalam menangani permasalahan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkahwinan dan perceraian orang Melayu di Terengganu dipengaruhi dua faktor utama, iaitu ekonomi dan sosial. Kedua-dua faktor ni saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain sehingga mencorakkan pola perkahwinan dan perceraian yang tersendiri di negeri Terengganu.