KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Pengalaman Puisi.jpg

PENGALAMAN PUISI EDISI KEDUA | MUHAMMAD HAJI SALLEH

RM 6.00
Buy Now

Judul : Pengalaman Puisi Edisi Kedua
Pengarang : Muhammad Haji Salleh
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Puisi
Mukasurat : 121 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836286012

Puisi menjadi teras sastera Melayu tradisional dan moden. Namun, pada ramai pembaca, genre ini dianggap "susah". Berlatarbelakangkan pengalaman menulis dan mengajar puisi selama lebih empat puluh tahun, Prof. Muhammad Haji Salleh membantu menghuraikan sudut-sudut "susuh" ini, dan membawa kita ke ruang istimewanya.

Beliau memulakan dengan sejumlah istilah tradisional Melayu dan Barat dan cuba melihat konsep puisi dalam kata-katanya. Setelah itu, struktur bentuk ini serta bahasanya dikaji, beserta contoh daripada puisi yang baik. Tema dilihat sebagai sumbangan fikiran dan renungan penyair kepada pemikiran bersama.

Tiga bab terakhir buku membawa pembaca kepada ciri-ciri puisi yang baik dan saranan bagaimana untuk menulis tentang bidang ini, serta cara-cara yang betul menurunkan maklumat dan sebagainya. Buku ini sesuai buat pelajar tingkatan atas sekolah menengah dan juga maktab, serta universiti.

Kandungan :

Pendahuluan

  1. Istilah dan Definisi
  2. Bentuk
  3. Bahasa
  4. Persoalan
  5. Memilih Puisi
  6. Menulis tentang Puisi

Bibliografi

Indeks