KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
WhatsApp Image 2021-09-15 at 12.53.29 PM.jpeg

MEMORI BUKAN MEMOIR

RM 59.00
Buy Now

Pendidikan ialah rahmat yang menjadikan kita dapat membaca sari buku ini dan buku ini sendiri dapat ditulis. Tanpa pendidikan, keadaan kita hari in mungkin berbeza. Begitulah dekatnya takdir kita dengan pendidikan.

Pendidikan dengan permasalahannya yang rumit dihuraikan dalam beberapa bab buku ini yang tersusun bermula daripada pemegang taruh terpenting dalam pendidikan iaitu jiwa pendidikan itu sendiri, diikuti dengan masyarakat, anak-anak, ibu bapa, guru, pensyarah, sekolah, sasterawan dan insitusi.

Memanggil Memori Bukan Memoir kembali dalam penulisan buku ini turut memanggil kembali penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan sepanjang 20 bulan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku in sebagai persaksian selama 20 bulan reformasi yang pernah diusahakan melangkaui topik-topik sensasi politik seperti jawi dan kasut hitam. Buku ini merupakan sebuah pembuktian usaha mulia kami.

Suatu usaha reformasi pendidikan pernah diangkat, dan kini ia mesti diteruskan!