KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
koleksi-terpilih-cerita-rakyat-malaysia.jpg

KOLEKSI TERPILIH CERITA RAKYAT MALAYSIA | Mohammad Shahidan dan lain-lain

RM 15.00
Buy Now

Judul : Koleksi Terpilih Cerita Rakyat Malaysia
Pengarang : Mohammad Shahidan dan lain-lain
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Antologi
Mukasurat : 174 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789836245045

Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisi yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita-cerita rakyat kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan nilai-nilai ketulenan nenek moyang mereka. Kanak-kanak bukan sahaja beroleh pengetahuan dan hiburan, malahan dapat memperkaya kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang memang banyak disebutkan dalam sebahagian besar cerita rakyat.

Koleksi ini memuatkan 23 buah cerita rakyat yang terkenal dalam sastera Melayu tradisi. Kesemuanya diceritakan semula dengan gaya dan tertib yang mudah dan menarik, sesuai untuk pembaca kanak-kanak.

Sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Judul-judul dalam siri ini:

  • Koleksi Teripilih Cerita Rakyat Malaysia - Mabsuri
  • Koleksi Teripilih Cerita Rakyat Zakaria Hitam - Tiung Sakti

Kandungan:

  1. Nasib Si Kura-Kura
  2. Balasan Si Penipu
  3. Budak Cerdik
  4. Saudara Yang Setia
  5. Anggun Cik Tunggal
  6. Badang
  7. Si Geroda
  8. Inderaputera
  9. Tenggang
  10. Mat Jenin
  11. Yatim Nestapa
  12. Awang Golok Besar
  13. Mahsuri
  14. Raja Bersiung
  15. Sang Kelembai
  16. Tuah Si Sulung
  17. Malim Sakti
  18. Puteri Gemala Ratna Sari
  19. Puteri Dua Belas
  20. Raja Dondang
  21. Puteri Terkukur
  22. Tuah Dua Beradik
  23. Malim Deman Dengan Puteri Bongsu