KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
pramlee.jpg

KISAH HIDUP SENIMAN AGUNG P. RAMLEE | Abdullah Hussain

RM 25.00
Buy Now

Judul : Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee
Pengarang : Abdullah Hussain
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : BioGrafi
Mukasurat : 279 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834905965

Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramlee telah meninggalkan peminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar dalam ingatan, malah hasil-hasil karya beliau masih setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen. Beliau mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam berlakon, bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik, mengarah filem dan menghasilkan lagu. Sesungguhnya bakat yang dimiliki terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.

     Masyarakat umum hanya mengenali Tan Sri P. Ramlee setelah beliau berada di puncak kejayaan. Tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan. Penulis yang sememangnya rapat dengan seniman agung ini, menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca.