KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

KAMI YANG TERLIBAT : SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Usman Awang

RM 17.00
Buy Now

Judul: Kami Yang Terlibat : Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang: Usman Awang
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 181 Halaman
Cetakan Pertama: 2007
ISBN: 9789836293688

Lima ela dari tempat saya mendakap tanah lembap di pangkal sebatang pohon yang sepemeluk besarnya, kelihatan Dol tertiarap dengan tangan kanannya menekup rusuk kirinya. Tidak jauh daripadanya, kelihatan pula Wak Berahim terlentang. Senapangnya ikut terbaring di sebelahnya. Itulah yang saya lihat - yang dapat saya lihat dalam suasana yang samar-samar antara dinihari menjelang subuh.

     Benarlah ... peluru memang tidak bermata. Tidak mengenal sama ada kawan mahupun lawan. Dol dan Wak Berahim yang tidak bersalah telah terkorban dalam kejadian itu. Mereka sebenarnya menjadi mangsa kecuaian. Akan tetapi, mengapa mereka yang menjadi mangsa? Dan, apakah sebenarnya yang telah terjadi pada dinihari itu?

      Kami Yang Terlibat, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Usman Awang memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekaligus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena percerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.