KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
HIKAYAT RAJA PASAI.jpeg

HIKAYAT RAJA PASAI

RM 13.00
Buy Now

Judul : Hikayat Raja Pasai
Pengarang : Russell Jones
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 129 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834903558

Kita tidak mempunyai bukti kukuh tentang tarikh sebenar Hikayat Raja Pasai ini disusun. Winstedt menjangkakan bahawa kemungkinan besar karya ini mendapat bentuknya pada abad ke-15 atau daripada suatu sumber lain pada abad ke-14 (Amin Sweeney, "The Connection between the Hikayat Raja-raja Pasai and the Sejarah Melayu", JMBRAS40, Bahagian 2, 1967, hlm. 94). A.H. Hill (hlm. 41) bersetuju dengan tarikh yang kemudian and menjangka tarikh penyusunan bahagian akhirnya adalah pada tahun 1383-1390 Masihi. Dengan mengambil kira semua keadaan, dapat kita ketahui, kemungkinan tarikh sebenarnya adalah pada akhir abad ke-14, yang diakui oleh Hill bahawa ada kemungkinan teks ini dahulunya telah disusun secara berperingkat-peringkat dan meliputi berbagai-bagai urutan peristiwa.