KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
hikayat-hang-tuah.jpg

HIKAYAT HANG TUAH | Kassim Ahmad

RM 50.00
Buy Now

Judul : Hikayat Hang Tuah
Pengarang : Kassim Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Legenda
Mukasurat : 585 Halaman
Cetakan Pertama : 2017
ISBN : 9789836299840

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat Melayu tradisional, mencakupi segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu pada zaman moden ini. Ia mencatat riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya, ke zaman kebesarannya, hingga ke saat kejatuhannya pada 24 Ogos 1511.

     Hikayat Hang Tuah juga menggambarkan sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudalnya. Hang Tuah dan Hang Jebat yang mewakili masyarakatnya memperlihatkan nilai-nilai kewiraan yang didukung oleh masyarakat itu. Inilah determinisme atau takdir sosial dan sejarah. Prinsip ketaatan mutlak kepada raja itu merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan yang terpendam dalam jiwa manusia. Justeru, inilah yang membuat Hang Jebat memberontak terhadap rajanya, sedangkan prinsip ketaatan kepada raja membuat Hang Tuah menerima hukuman mati yang dikenakan oleh raja terhadapnya dan kemudian menghalalkannya membunuh Hang Jebat sebagai penderhaka.

KANDUNGAN:

  1. Kata Pengantar Ketua Pengarah
  2. Latar Belakang Pengkaji Teks
  3. Pengenalan
  4. Pengenalan Tambahan
  5. Hikayat Hang Tuah
  6. Catatan Teks
  7. Takrif Kata
  8. Bahan Rujukan
  9. Indeks