KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
hang-tuah.jpg

HANG TUAH | Abu Zar

RM 13.00
Buy Now

Judul : Hang Tuah
Pengarang : Abu Zar
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 89 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834905828

Kehebatan Hang Tuah dan para sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu terserlah apabila menyelamatkan bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Sebagai membalas jasa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, bendahara telah mengambil mereka bertugas di istana. Sejak bertugas di istana, mereka menjadi perhatian sultan sehingga Hang Tuah diberi gelaran laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah bertarung dengan seorang pendekar yang kebal. Kekebalan pendekar itu bergantung pada keris Taming Sarinya. Setelah merampas keris tersebut, Hang Tuah berjaya membunuh pendekar itu. Oleh sebab dikhuatiri Hang Tuah akan dilantik menjadi bendahara, Hang Tuah telah difitnah. Lantaran fitnah itu, Hang Tuah telah dijatuhi hukuman bunuh. Namun, Hang Tuah telah disembunyikan oleh bendahara di sebuah hutan. Hang Jebat menyangka Hang Tuah telah dianiaya dan bertindak menderhaka kepada sultan. Sultan telah melarikan diri ke rumah bendahara. Bendahara memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup. Sultan Mahmud memerintahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat. Berlakulah pertarungan kerana Hang Tuah setia kepada sultan.