KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
WhatsApp Image 2021-01-10 at 12.26.37 PM.jpeg

DI BAWAH ALUNAN OMBAK. Oleh A.Rashid Ngah. DBP

RM 23.00 RM 250.00
Buy Now

Deskripsi :
Pengalaman dan kisah benar dari tragedi Pengeboman Pesawat VPB-111 Skuadron Navy Amerika Syarikat di Pulau Kambing, Kuala Trengganu sekitar 1945 telah di abadikan dalam sebuah novel yang bertajuk Di Bawah Alunan Ombak oleh Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah pada tahun 1961 dengan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ,Kuala Lumpur. Sehingga tahun 1994, novel ini telah dicetak sebanyak sembilan kali.


16 September 1937 beliau dilahirkan di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. 1947 - 1952 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Takir. Dengan kelulusan darjah lima beliau memulakan kerjaya sebagai guru di sekitar Kuala Terengganu Utara. 1953 -1956 menyambung pendidikan dalam kursus perguruan di Maktab Sultan Idris, Tanjong Malim. 1967 lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan menyambung pengajian ke Universiti Malaya. 1970, tamat pengajian dengan ijazah Bachelor of Arts in Economics. 1964 -1973 bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Ibrahim, Kuala Terengganu. 


1973 mula menceburikan diri dalam politik dengan menang dalam pilihanraya di Seberang Takir, Terengganu dan di lantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang sastera dan menjadi antara pengasas kepada Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA).


Terbitan 2020.