KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

ANTOLOGI PUISI: GEMERSIK TIGA | Usman Awang, Lim Swee Tin, Siti Zainon Ismail

RM 30.00
Buy Now

Judul : Antologi Puisi: Gemersik Tiga
Pengarang : Usman Awang, Lim Swee Tin, Siti Zainon Ismail
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Puisi
Mukasurat : 88 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789674600617

"Tujuan antologi puisi ini ialah mengumpulkan karya-karya Usman Awang dan bersamanya, karya dua orang penyair yang lebih muda, yang memperlihatkan persamaan dengan karya Usman, dari segi tema atau gayanya. Oleh yang demikian antologi puisi ini juga bertujuan memperlihatkan warisan Usman sendiri; di suatu pihak menegaskan pengaruh baik Usman, dan di pihak yang lain menunjukkan perjuangannya yang masih diteruskan, dan diperlukan untuk Malaysia yang berbilang bangsa, yang berjati diri dan bangga dengan sastera dan sejarahnya.

Dalam usaha menyusun antologi puisi bersama ini kami sangat merasakan bahawa “zaman Usman” (sekiranya zaman ini dapat dinamakan demikian) mengalir juga melalui karya ramai penyair. Puisi mereka yang bergema dengan ghairah keterlibatan Usman Awang.” - Muhammad Haji Salleh.