KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
13-mei-1969-di-kuala-lumpur.jpg

13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR | Abdul Rahman Ibrahim

RM 16.00
Buy Now

Judul : 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur
Pengarang : Abdul Rahman Ibrahim
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 142 Halaman
Cetakan Pertama : 2018
ISBN : 9789834607067

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Antaranya termasuklah dasar yang diamalkan oleh British, layanan tentera Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu.

Buku ini juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar, teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Kandungan :

  • Senarai Jadual
  • Senarai Foto
  • Senarai Peta
  • Prakata
  • Pendahuluan
  • Penghargaan
  • Singkatan

BAB 1: MASYARAKAT MAJMUK DAN PERKAUMAN

  1. Masyarakat Majmuk dan Kedatangan Imigran ke Negeri-negeri Melayu
  2. Dasar Jepun di Negeri-negeri Melayu
  3. Dasar British Selepas Kekalahan Jepun
  4. Zaman Darurat
  5. Peranan Parti Politik

BAB 2: KUALA LUMPUR DAN LATAR KEPENDUDUKANNYA

  1. Sejarah Kuala Lumpur
  2. Sejarah Kampung Baharu
  3. Sorotan Pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur
  4. Politik Selepas Kemerdekaan dan Perkauman di Kuala Lumpur

BAB 3: MASALAH HUBUNGAN KAUM MELAYU DAN CINA DI KUALA LUMPUR

  1. Latar Belakang Hubungan antara Kaum Melayu dan Cina pada Akhir 1960-an
  2. Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Politik
  3. Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Sosial
  4. Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Ekonomi

BAB 4: PERANAN MEDIA MASSA DALAM MERANGSANG KETEGANGAN KAUM ANTARA ORANG MELAYU DAN ORANG CINA

  1. Sejarah Media Massa Sepintas Lalu
  2. Peranan Media Massa dalam Merangsang Ketegangan Kaum dan Suasana Genting

BAB 5: KEMPEN PILIHAN RAYA DAN RUSUHAN KAUM SEBELUM 13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR

  1. Peristiwa Sebelum 13 Mei 1969
  2. Rusuhan Kaum dalam Kalangan Orang Melayu dan Orang Cina
  3. Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Pulau Pinang
  4. Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Perak
  5. Kesan daripada Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Singapura
  6. Kempen Pilihan Raya Mei 1969

BAB 6: TRAGEDI 13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR

  1. Pengalaman Individu yang Diwawancara

KESIMPULAN

  1. Biodata
  2. Lampiran
  3. Bibliografi
  4. Indeks