KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

100 TAHUN JEPUN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DI SABAH 1880-1980 | Md Saffie Abdul Rahim

RM 30.00
Buy Now

Judul : 100 Tahun Jepun Dalam Pembangunan Ekonomi Di Sabah 1880-1980
Pengarang : Md Saffie Abdul Rahim
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Sejarah
Mukasurat : 289 Halaman
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789834917227

Migrasi orang Jepun ke seberang laut bermula pada tahun 1867, disebabkan oleh masalah sosioekonomi di Jepun pasca-1868 yang berpunca daripada pengenalan dasar sakoku ketika era keshogunan Tokugawa. Maharaja Meiji yang mewarisi sistem pemerintahan yang lemah memperkenalkan dasar pembaharuan, seperti pembangunan perusahaan, perdagangan dan hubungan antarabangsa secara terbuka. Walau bagaimanapun, dasar ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat petani sehingga kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat. Oleh itu, ramai orang Jepun bermigrasi ke seberang laut untuk mencari taraf kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, setelah Jepun muncul sebagai kuasa imperialisme baharu di rantau Asia Timur melalui kemenangan mereka pada Perang China-Jepun 1894-1895, menyebabkan ramai orang Jepun bermigrasi ke seberang laut sebagai buruh dan pemodal. Matlamat mereka bukan sekadar pelaburan ekonomi, tetapi ingin melihat Jepun muncul sebagai kuasa ekopolitik berpengaruh di rantau Asia.

     Buku ini ditulis bertujuan mengenal pasti fenomena migrasi orang Jepun di seberang laut dengan tumpuan khusus kepada imigran Jepun dan impaknya terhadap perkembangan ekonomi di Sabah sebelum tahun 1945 sehingga Sabah pascamerdeka. Buku ini juga menganalisis populasi dan tahap hubungan etnik antara orang Jepun dengan masyarakat lain di Sabah. Seterusnya, buku ini turut membincangkan jenis kegiatan ekonomi orang Jepun dan impaknya terhadap ekonomi Sabah. Angkubah yang digunakan dalam menentukan impak yang berlaku adalah dari segi inovasi yang dilakukan oleh pemodal Jepun di Sabah, seperti pemindahan teknologi, penawaran buruh, hasil keluaran dan perdagangan asing.