KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[KK] BUKU POJOK Pegkung Alung (Travelog) – Riduan A. Dullah

RM 20.00
Buy Now

[WKK-5]

Tajuk: Pegkung Alung
Penulis: Riduan A. Dullah
Penerbit: Buku Pojok
Harga: RM20


Pernah dikritik sebelum ini melalui travelog Goji Bundy yang dikatakan hanya bermotifkan emosi dalam sebuah perjalanan putus cinta dan patah hati, kali ini Riduan A. Dullah kembali dengan sebuah travelog yang jauh lebih kritis dan bermain dengan isu yang lebih berat.

Pegkung Alung, sebuah travelog yang mengisarkan perjalanan hampir sebulan lamanya di bumi Borneo, merentasi deretan bandar serta kawasan pedalaman. Dan mungkin satu-satunya naskah yang melibatkan seorang OKU buta, seorang OKU pekak dan seorang bukan OKU dalam satu perjalanan yang cukup pelik dan mengujakan.

Naskah yang penuh dengan pembantaian akal dan emosi dari mula hingga akhir, serta naskah yang menyingkap hakikat insan yang sebenarnya sama ada golongan OKU mahupun bukan OKU, dan perbezaan 'kasta' yang wujud antara golongan ini.

Penuh dengan sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran kau dan aku. Perjalanan kali ini adalah satu kesilapan.