KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[KK] BUKU POJOK Mak, Aku Ada Saka! (Novel) – Zhar Aruzi Hairi

RM 8.00
Buy Now

[KK]

Tajuk: Mak, Aku Ada Saka!
Penulis: Zhar Aruzi Hairi
Penerbit: Buku Pojok
Harga: RM8

Mak! Aku ada saka. Cerita ini berkisar tentang pemuda sengal bernama Izudin. Hidupnya biasa-biasa sahaja sehinggalah dia mendapat saka secara tidak sengaja!

Dan saka yang datang kepadanya bukan yang biasa-biasa, tapi saka yang berpengalaman menipu orang. Dia dan sahabat baiknya Badrul diperangkap oleh Saka Pak Seman!

Kekusutan Izudin bertambah apabila ibunya pun ragu-ragu untuk membantunya membuang saka itu. Dan Saka itu pula menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan semua masalah Izudin, tetapi bersyarat!

Dalam keadaan dungu, naif dan kosong jiwa, Izudin cuba bangkit untuk melawan saka yang mahu menyesatkan hidupnya. Antara kesenangan hidup dan dosa syirik, Izudin terpaksa memilih yang mana setara dengan kehendak hatinya.

Apakah Ikhtiar dia dan ibunya untuk mengatasi perkara ini. Hayatilah kembara lucu dua beranak ini, seperti kata Izudin: Hidup jangan sampai dibodohkan hantu!