KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[BC] PENERBIT X Sherlock Holmes #18: Misteri Puntianak Sussex, Tiga Lelaki Bernama Garridebs, Kes Jambatan Thor - Sir Ar

RM 10.00
Buy Now

Tajuk: #18 Sherlock Holmes: Misteri Puntianak Sussex, Tiga Lelaki Bernama Garridebs, Kes Jambatan Thor & Misteri Lelaki Merangkak  - Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-369-599-7
Penerbit:Penerbit X
Penulis: Sir Arthur Conan Doyle
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 138
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.09 kg
Dimensi (cm): 18.4 cm x 11.5 cm x 1 cm
 
 
SINOPSIS
 
Misteri Puntianak Sussex
 
Tuan Robert Ferguson datang ke Baker Street kerana dia mengesyaki isterinya adalah puntianak! Dia telah menyaksikan dengan matanya sendiri di mana isterinya dengan mulut berlumuran darah baru selesai menghisap darah bayi mereka, dan rupanya itu bukanlah perbuatannya kali pertama. Sebelum itu perbuatan isterinya itu telah beberapa kali dilihat oleh pembantu rumah mereka, bagaimanapun Tuan Ferguson enggan mempercayainya ketika itu. Bagaimana Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan kes ini? Adakah kes seperti in dapat diselesaikan?
 
Tiga Lelaki Bernama Garridebs
 
Nathan Garrideb meminta Holmes mencarikan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama sepertinya, iaitu 'Garrideb'. John Garrideb, bekas peguam dari Kansas telah menemui Nathan dengan membawa wasiat seorang hartawan supaya mencari tiga lelaki bernama Garrideb. Mereka cuma perlu mencari seorang lagi untuk mewarisi harta yang dijanjikan dalam wasiat itu. Mendengar cerita John itu, tentulah Sherlock Holmes tahu ia kedengaran amat mencurigakan. Siapa sebenarnya John Garrideb? Apakah rahsia di sebalik nama Garrideb ini?
 
Kes Jambatan Thor
 
Maria Gibson ditemui mati di atas Jambatan Thor, dalam kawasan estet kediamannya. Pengasuh anak-anaknya, Grace Dunbar pula telah ditahan kerana membunuh. Grace mengaku bertemu dengan majikannya di atas jambatan itu sebelum kematiannya, tetapi tidak mengaku membunuhnya. Bagaimanapun, polis menemui senjata membunuh di dalam almari pakaian pengasuh itu. Senator J. Neil Gibson, pemilik estet itu percaya pengasuh itu telah difitnah. Holmes menyiasat tempat kejadian dan mendapati ada yang tidak kena pada lokasi pembunuhan itu. Holmes yakin, serpihan batu daripada jambatan itu adalah kunci untuk menyelesaikan misteri siapa pembunuh Maria Gibson, manakala Dr. Watson pula mengesyaki senator itu sendiri yang membunuh isterinya kerana dia mempunyai motif.
 
Mister Lelaki Merangkak
 
Profesor Presbury, berumur 61 tahun mula berkelakuan aneh selepas bertunang dengan seorang wanita muda. Keadaannya ini menimbulkan kerisauan Trevor Bennett, iaitu setiausahanya. Mulanya profesor itu keluar rumah selama dua minggu. Selepas pulang, personaliti profesor itu berubah menjadi bengis dan suka menyendiri. Anjing kesayangannya pun seperti tidak mengenalinya lagi apabila ia bertindak agresif dan mahu menyerangnya. Namun yang paling menakutkan, Trevor melihat profesor itu berjalan dengan cara merangkak dan keluar rumah pada tengah malam. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada profesor itu? Dan kenapa Sherlock Holmes menjadi terlalu obses dengan tarikh-tarikh dalam kes ini?