Click Image for Gallery
10 cerita dalam kumpulan cerpen Mat Karipap ini nyata membawa pelbagai kelainan ke dalam dunia bahan bacaan pelajar dan remaja. Buku ini mempunyai beberapa ciri istimewanya yang tersendiri dan mengujakan. Misalnya, 10 episode yang dibentangkan mengisahkan tema-tema unik mengenai kesan pembangunan negara terhadap kehidupan tradisional masyarakat setempat, kisah pelik sejarah perjuangan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada masa lampau, kisah lucu remaja yang berusaha menghadapi cabaran hidup zaman moden, dan lain-lain.