Apakah dia satu kalimah penyelamat dan satu punca dosa? Tahukah anda dua yang menyelamatkan dan dua yang membinasakan? Tiga cara bersyukur pula bagaimana?
Demikianlah serba sedikit permulaan isi kandungan buku 101 Short-Cut Ke Syurga, buku terbaru terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Dijamin, ia sebuah buku yang sangat menarik dan wajar dijadikan bacaan harian anda.
Keistimewaan buku ini ialah: Tidak seperti buku-buku genre keagamaan yang lazimnya menghuraikan sesuatu topik dengan panjang lebar, 101 Short-Cut Ke Syurga pula berbeza. Ia menghidangkan topik-topik tersebut secara ringkas, pantas dan padat. Konsepnya mudah, tidak meleret-leret, sekali baca sudah faham, dan boleh diamalkan terus. Faktanya pula banyak dan ini sekali gus dapat menambahkan lagi ilmu anda.
Secara ringkas, buku ini menghidangkan fakta dan tip-tip untuk meningkatkan keimanan anda. Subjeknya meliputi pelbagai perkara seperti adab, kelebihan membaca al-Quran, prinsip berbelanja, cara membina iman, panduan menuju keredhaan Allah s.w.t., menjauhkan diri dari maksiat dan sebagainya.
Apa yang menarik, reka letak buku ini disusun lapang manakala setiap halaman dihias cantik dengan gambar-gambar yang menarik. Ini membuatkan pembaca berasa tenang serta seronok apabila menatapnya.
-
Your shopping cart is empty!