Click Image for Gallery
Juliana dan Rona, umpama bulan dan mentari. Julianalah si mentari yang datang menyinari kehidupan Roma. Mereka saling mengasihi dan mencintai, tetapi hanya gelora rasa yang menjadi saksi. Juliana dan Roma menjadi lambang kejayaan bangsa Melayu. Mereka adalah segelintir manusia profesional yang berjaya membina empayar pembuatan kereta. Akan tetapi mereka manusia egois yang tidak mahu menyerah pada hakikat cinta, lalu kejayaan mereka dilukai oleh suatu percintaan yang tidak pernah terucap.