Asuhan Benih Ikan Marin Sistem Cents-Ras

Sistem asuhan benih ikan marin, CENTS-RAS merupakan satu inovasi baharu dalam bidang akuakultur. Sistem asuhan ini menggunakan konsep edaran semula air yang dirawat dengan sedikit penambahan air baharu. Ia merupakan kaedah terbaharu mengasuh benih ikan marin dengan cekap dan berkesan. Jangka masa asuhan yang singkat, reka bentuknya mudah dan murah mampu menjanjikan hasil pulangan yuang baik. Disiplin kerja yang ketat, proses kuarantin dan pengurusan yang betul harus dipatuhi oleh pengusaha agar dapat menjamin kesihatan benih ikan. Maklumat seperti reka bentuk, komponen, pengurusan dan operasi sistem serta penyakit dan analisis ekonomi dibincangkan dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Gambar yang dimuatkan di dalam buku ini juga diharapkan dapat membantu dalam pemahaman, bukan sahaja dalam kalangan yang biasa dengan ternakan ikan, malah yang tidak mempunyai latar belakang akuakultur. Oleh itu, diharapkan dengan penerbitan buku ini menambahkan lagi buku rujukan akuakultur dan seterusnya memberi peluang kepada pengusaha untuk menambah ilmu pengetahuan agar pengeluaran benih ikan marin dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Captcha

Asuhan Benih Ikan Marin Sistem Cents-Ras

Pengumuman

Penghantaran setiap hari Isnin hingga Khamis. Penghantaran hari yang sama jika tempahan dibuat sebelum jam 11.00 pagi.

0 Product(s) Sold
  • RM22.00

Tags: Asuhan Benih Ikan Marin Sistem Cents-Ras