HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA

Setiap amalan anak Adam itu ada ganjaran pahala yang ada hadnya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan memberikan balasannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Puasa adalah sebahagian daripada ibadah. Puasa ada berbagai-bagai jenis. Ada puasa wajib seperti puasa di bulan Ramadan, puasa qada, puasa kafarah, puasa nazar dan ada juga puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan qamari dan banyak lagi. Puasa sebenarnya cukup sinonim bagi umat Islam dan antara ibadah yang paling disukai Allah. Walau bagaimanapun, sebelum berpuasa, penting bagi umat Islam mengetahui syarat-syarat mencapai matlamatnya, bermula dari sah dan batal hingga kepada perkara yang remeh seperti perkara-perkara sunat yang dibuat tetapi mencapai ganjaran yang cukup besar. Buku Himpunan Soal Jawab Puasa adalah himpunan soal jawab daripada kebanyakan soal jawab yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam. Setiap soalan diambil dan ditapis baik daripada pandangan ulama tradisional mahupun persoalan-persoalan yang terkini dan kontemporari.  Ahmad Adnan Fadzil adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Uni. Al-Azhar (1997). Diploma Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Zulkarnaini bin Dollah pula adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999 dan berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001. Kini, beliau bertugas sebagai pendidik di negeri Pahang.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Captcha

HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA

Pengumuman

Anda boleh letakkan apa2 mesej disini. Contoh : Penghantaran produk adalah setiap hari Rabu

  • Dilihat: 158
  • Product Code: AHMAD ADNAN FADZIL/ZULKAIRNAIN DOLLAH
  • Availability: In Stock
0 Product(s) Sold
  • RM4.50

Tags: HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA