Madinah Kota Yang Bercahaya

Madinah.   Inilah kota nabi. Tempat nabi dihargai, disayangi dan dilindungi.   Bukan sekadar kota, bahkan Madinah itu negara. Negara dengan pentadbiran yang adil dan saksama, seimbang jiwa serta jasad.   Lebih daripada itu, Madinah juga adalah peradaban. Tapak permulaan tamadun, rahmat buat seluruh alam.   Madinah sebagai kota, negara dan peradaban, semuanya disusuri dalam buku ini.   Madinah: Kota yang Bercahaya menceritakan kisah kota penyimpan keistimewaan makna dan nilai. Di Mekah, Islam ditentang dan diperangi kafir Quraisy. Namun di Madinah, Islam diterima dengan dada yang lapang dan gegak-gempita. Inilah kota tujuan terakhir nabi yang amat dicintainya. Walaupun selepas Mekah dibuka, nabi tetap tidak menetap di sana. Nabi pulang dan tinggal di Madinah.   Madinah: Kota yang Bercahaya menjelaskan perihal keajaiban negara Madinah. Binaan terkukuhnya bukan bangunan. Namun binaan itu adalah persaudaraan, toleransi dan perdamaian. Begitu sederhana namun kuat. Benar-benar kuat sehingga 10 000 musuh pun tidak terlawan dengan 3 000 muslim.   Madinah: Kota yang Bercahaya melihat Madinah sebagai sebuah potret peradaban. Bermula daripada hijrah yang meraikan kebenaran berbanding kekuasaan, kepada pusat tamadun yang memayungi dunia, Madinah kekal di sana. Bukan sekadar tempat pada peta geografi, bahkan daerah dalam diri.   Membaca dan terus membaca, akhirnya, yang datang itu rindu. Rindu kepada kota yang selalu ada dalam hati kita. Di tengah-tengah kemodenan yang mengeringkan jiwa, kerinduan kepada Madinah pasti selalu bertandang.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Captcha

Madinah Kota Yang Bercahaya

Pengumuman

Anda boleh letakkan apa2 mesej disini. Contoh : Penghantaran produk adalah setiap hari Rabu

  • Dilihat: 398
  • Product Code: ZUHAIRI MISRAWI
  • Availability: In Stock
0 Product(s) Sold
  • RM21.00

Tags: Madinah